Saturday, February 12, 2011

Selamat hari kekaseh



Assalamualaikum. Selamat menyambut maulud nabi bukan hari kekasih yea! Aku kebosanan di petang yang sangat ‘hot’, so amik peluang kepanasan ni untuk tulis belog. Teringin gak nak merasa camne tulis belog walaupun tak powerrr.


Hokey hokey mari bercerita mengenai hari kekaseh. JAKIM, JAIS, MAIK dan seangkatannya sibok nak poei kejar pasangan kekaseh kat hotel-hotel murah, motel, rumah tumpangan, tempat-tempat gelap dan jamban untuk elak sebarang perlakuan maksiat. Tak payah susah-susah kat depan masjid pon ramai kapel wat projek skang ni.


Kesian kan ostad nak kena obertime ambush tempat-tempat kapel bermadu asmara. Hahah, bagi haku semua tu tak perlu! Every year ostad/ostazah berbuih-buih air lioq cakap benda yang sama, ‘harooomm menyambut hari kekasih dan dan dan sendiri sedia maklum kapel tu kan harooommmm disisi Islam.


So so, sebagai umat Nabi yang bergelar muslimin dan muslimat, sendiri mau ingat la dosa pahala, syurga dan neraka. Tak perlu sampai nak berkejar sana sini ngan ostad/ostazah macam maen polis entri pada hari kekasih tu. Allah sangat sayangkan hambanya, kenapa kite sebagai hambaNya tak boleh nak tinggal ape yang dilarang n buat ape yang Dia suruh??


Hehe, tak reti lorr nak bebel panjang-panjang, well aku pon bukan purrrfect mane. Kang cakap je lebih, tapi diri sendiri pon hampeyh. Hokey, semua yang baek tu datang dariNya dan yang burok datang dari aku sendiri.


Chioasss~


haishh, budak kecik pon dah pandai!






p/s : kalo dating pada hari valentine pon kire celebrate jugak ke? Eh?

Rai, gua malu dohh ayat tak hebat cam u! gua kan bukan blogger cam lu



>

Tuesday, February 8, 2011

Caramu dan caraku berbeza

kuih cara manis yg kat atas ni sama je kan dengan kuih yang selalu kita beli or buat, kan?



kuih cara berlauk ni pulak ade yang berbeza tak?




selalunya kuih cara isinye daging & ade cili2 merah sikit. kuih cara buatan nida ni laen sikit. nida guna sosej oleh kerana tidak mempunyai bahan yg mencukupi di dapur & saje nak try buat cara berlauk :)

kalau nak resepi kuih cara ala-ala nida ni, pegi la tanye die. sedap & simple nak buat. serius!

" Simplicity is the ultimate sophistication " :)

>

Sunday, February 6, 2011

Jom ke hospital!


Setelah ber-cuti,ber-malas malasan ,ber-makan dengan banyaknya,ber-tahun baru cina,ber-joli dengan duet JPA,ber-senam (ni mungkin tak) selama seminggu, ayuh kembali ke sekolah! Marilah kita ber-lab report,ber-assignment,ber-research and ber-kelah di hospital. Memang la kita pergi hospital untuk berkelah.. *mata pandang ke atas sambil tangan di dada*.

Lima buah hospital bakal dikunjungi oleh para pelajar farmasi uitm batch ke-7 telah ditetapkan oleh pihak fakulti, hospital-hospital yang bertuah itu adalah : Hospital Selayang, Hospital Sg Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya.




Hospital Sg Buloh : Zakiah, Caca, Rai & Atikah


Hospital Tengku Ampuan Rahimah : Yana, Lala & Shahadah


Hospital Kajang : Linda, Dila & Ati


Hospital Selayang : Nida, Atul, Khalidah & Teha




Good luck follows good people. Therefore, no need to wish good luck :) Wish you all to experience just a few difficulties since not to experience any is not good at all!





ps3 : Kepada mereka-mereka yg diattach kat hospital kajang, balik umah terus basuh tudung, nanti bau asap sate pulak :P

>

Friday, October 8, 2010

Movie wajib tonton



Memandangkan masa untuk menghantar video (assignment untuk kelas bahasa ketiga) telah hampir, maka pelajar-pelajar farmasi telah bertukar daripada pelajar yang kusyuk menelaah pelajaran kepada pelakon! Bukan pelakon biasa tau. Pelakon handalan gitu. Inilah peluang untuk mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar farmasi. Ada yang berlakon jadi orang baek, orang yang gedik, orang jahat, orang kaya dan ada juga yang berlakon sebagai entiti. Woo~ seram ohh.


Kalau nak shooting mesti mintak tolong kawan group laen, tolong pegangkan camera. Takpun kena jadi pelakon tambahan. Itula semangat yang kita nak. Semangat setiakawan. hehe (^-^) Tapi ingat-ingat lah kawan tu. Belanja minum ke, belanja McD yang baru nak bukak tu ke, atau letak lah gambar diorang sebagai penghargaan dalam video tu nanti. Mesti kawan tu terharu :)







*inilah orang yang hebat berlakon sebagai entiti*




Lastly, berlakon berlakon jugak final exam jangan dilupakan. Selamat
belajar kawan-kawan. Semoga usaha kita selama ini membuahkan hasil. Good luck !






ps3 : Lala, nanti jangan berlakon macam tadi lagi tau. Takut tengok u camtu :|

>

Sunday, October 3, 2010

terima kaseh!




KIAH,
Jalan ke rumah anda itu sangat lah memeningkan! (*.*)
Jauh nye umah..sampaikan orang cheras sendiri pon tak boleh jumpe jalan.haha..
Nasib baek makanan di rumah anda dapat melegakan segala kepenatan yang membelenggu diri tetamu yang bertandang ke rumah anda. Tq mak cik Zainab. Siap buatkan teh tarik lagi tuu~


ATI,
Walaupun mengalami sedikit kesukaran semasa dalam perjalanan kerana berkonvoi-konvoian, akhirnye sampai juge ke rumah ati. hee..
Tidak dilupakan..nasi briyani sedap!


&


MUNA,
Jalan ke rumah anda pun tidak kurang hebatnye ("-.-) . Terima kaseh kerana menjemput!






ps3 : mesti korang pon reply camni "terima kaseh kawan-kawan datang open house semalam, laen kali jangan serik datang lagi yer" , seperti yang diuar-uarkan di fesbuk. haha :)) >

Friday, October 1, 2010

OMG..! OMG..!Open house uolls~

Pada keesokan hari bersamaan 23 Syawal 1431, akan berlangsungnya majlis rumah terbuka dua orang daripada penghuni agam iaitu Ati dan Kiah di kediaman mereka masing-masing. Marilah kita sama-sama memeriahkan rumah mereka. Jumpa anda di sana sana sana! (echo)



ps3 : kehadiran tak wajib tapi ada kupon tau! :P >

Sunday, September 19, 2010

Tanda tanya?


Kenapa cuti hanya seketika?

Kenapa mendengar jangka cuti selama 2 minggu sudah cukup panjang, tapi kenapa rasa masih belum cukup?

Kenapa pelajar dibebankan dengan ujian sebaik sahaja selepas raya?

Tidakkah mereka tahu mood raya tidak mengizinkan kami menyentuh buku (lecture note lebih spesifik) ?

Kenapa rakan2 serumah semua pulang lambat ke agam?

Tidakkah mereka tahu bahawa kami yang pulang awal ini sudah mati kutu?

Kenapa dah balik agam pun rasa malas sahaja untuk menelaah lecture note ni?


Akhir tanya, kenapa ahli rumah agam ramai, tapi sebilangan sahaja yang update belog ni?
Di manakah menghilangnya semangat bersatu padu, semangat muhibbah, semangat saling tolong-menolong, semangat setiakawan, dan yang penting sekali, semangat 1 Malaysia ni?
Kenapa ini semua terjadi? Kenapa? Kenapa?
Takkan la nak update belog pun nak kena buat jadual? =,="








Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Sama-sama lah saling memaafi dan lupakanlah segala sengketa lama.
Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

ASSALAMUALAIKUM!
>