Friday, October 8, 2010

Movie wajib tonton



Memandangkan masa untuk menghantar video (assignment untuk kelas bahasa ketiga) telah hampir, maka pelajar-pelajar farmasi telah bertukar daripada pelajar yang kusyuk menelaah pelajaran kepada pelakon! Bukan pelakon biasa tau. Pelakon handalan gitu. Inilah peluang untuk mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar farmasi. Ada yang berlakon jadi orang baek, orang yang gedik, orang jahat, orang kaya dan ada juga yang berlakon sebagai entiti. Woo~ seram ohh.


Kalau nak shooting mesti mintak tolong kawan group laen, tolong pegangkan camera. Takpun kena jadi pelakon tambahan. Itula semangat yang kita nak. Semangat setiakawan. hehe (^-^) Tapi ingat-ingat lah kawan tu. Belanja minum ke, belanja McD yang baru nak bukak tu ke, atau letak lah gambar diorang sebagai penghargaan dalam video tu nanti. Mesti kawan tu terharu :)







*inilah orang yang hebat berlakon sebagai entiti*




Lastly, berlakon berlakon jugak final exam jangan dilupakan. Selamat
belajar kawan-kawan. Semoga usaha kita selama ini membuahkan hasil. Good luck !






ps3 : Lala, nanti jangan berlakon macam tadi lagi tau. Takut tengok u camtu :|

>

Sunday, October 3, 2010

terima kaseh!




KIAH,
Jalan ke rumah anda itu sangat lah memeningkan! (*.*)
Jauh nye umah..sampaikan orang cheras sendiri pon tak boleh jumpe jalan.haha..
Nasib baek makanan di rumah anda dapat melegakan segala kepenatan yang membelenggu diri tetamu yang bertandang ke rumah anda. Tq mak cik Zainab. Siap buatkan teh tarik lagi tuu~


ATI,
Walaupun mengalami sedikit kesukaran semasa dalam perjalanan kerana berkonvoi-konvoian, akhirnye sampai juge ke rumah ati. hee..
Tidak dilupakan..nasi briyani sedap!


&


MUNA,
Jalan ke rumah anda pun tidak kurang hebatnye ("-.-) . Terima kaseh kerana menjemput!






ps3 : mesti korang pon reply camni "terima kaseh kawan-kawan datang open house semalam, laen kali jangan serik datang lagi yer" , seperti yang diuar-uarkan di fesbuk. haha :)) >

Friday, October 1, 2010

OMG..! OMG..!Open house uolls~

Pada keesokan hari bersamaan 23 Syawal 1431, akan berlangsungnya majlis rumah terbuka dua orang daripada penghuni agam iaitu Ati dan Kiah di kediaman mereka masing-masing. Marilah kita sama-sama memeriahkan rumah mereka. Jumpa anda di sana sana sana! (echo)



ps3 : kehadiran tak wajib tapi ada kupon tau! :P >