Friday, September 3, 2010

Jalan-Jalan Cari Parkir





8 insan menghabiskan saat-saat terakhir bulan Ramadhan di Puncak Alam dengan sebaik mungkin. Kisah suka duka kami bermula apabila penghuni agam berasa bosan dengan kehidupan mereka yang telah ditinggalkan rakan serumah yang lain. Lalu idea untuk keluar bersama 3 rakan lelaki pun timbul. Dengan persetujuan semua pihak, kami memilih untuk menembak foto (photoshoot) dan menonton wayang.


or




Lokasi 1 : e@curve
Masa : Jam 2350
Aktiviti : Sebaik sahaja mengambil token di tempat parkir kenderaan, hati kami terdetik seperti jam randik yang berdetik laju. Kami tertanya-tanya, kenapa semua makhluk berpusu-pusu keluar sedangkan hanya kami sahaja yang bergegas memarkir kenderaan, lantas menuju ke panggung wayang,. Hati berbelah bahagi sama ada untuk menonton Step up 3D atau Piranha. Tetapi hasrat hati tergugat sebelum terguris apabila sampai di Cineplex. Pintu utamanya tertutup rapat. Oleh kerana kami tidak pernah kenal erti putus asa, kami menukar haluan ke lokasi kedua, OU.




Lokasi 2 : One Utama
Masa : Tiada dalam rekod
Aktiviti : Memarkir kenderaan berhampiran dengan pintu masuk panggung wayang. Kami bergegas ke destinasi sambil berdoa di dalam hati supaya hasrat kali ini tercapai. Sayang seribu kali sayang, malang tidak berbau, hati kami diuji lagi. Kaunter tutup ok!

Berdasarkan 2 peristiwa di atas, dapatlah kami simpulkan,
1. Kami memang 'suka' masuk parkir keluar balik! (tapi,parkir di OU percuma tau! Jadi, jika mahu parkir percuma, bolehlah mampraktikkan cara kami ini :) )
2. Jangan cuba menyimpan hasrat pun untuk menonton wayang lewat malam pada malam Jumaat. (lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan)




Perjalanan kami tidak terhenti di sini sahaja. Kami tidak akan pernah kenal erti putus asa. Sifat istiqamah yang mendalam telah kami terapkan dalam diri masing-masing. Perbincangan kali ke-2 telah memutuskan untuk mengimarahkan lokasi ke-3 kami.







Lokasi 3 : Rasta @TTDI
Aktiviti: Lepak-lepak sambil membincangkan hal-hal semasa. Tidak dilupakan juga, menikmati juadah sahur ditemani asap shisha. (bukan kami yang hisap ok)
Pemerhatian :
1. Tempat ini banyak dikunjungi oleh golongan berada, oleh itu, Rai pun mengeluarkan kenyataan, "Inilah tempat yang i cari selama ini." Nampak tak permainan Rai?

2. Angin di sini bertiup sepu-sepu, ibarat berada di tepi laut dibuai angin pantai. Udaranya sejuk sahaja.

3. Walau bagaimanapun, asap berkepul-kepul menyelubungi persekitaran. Dari yang berperisa Applemint, sehinggalah yang berperisa nikotin. (Matpek, salah seorang penyumbang asap.) Kami terpana sebentar melihat keramahan Matpek semasa meminta sedikit api daripada pengunjung Rasta yang lain.



Enough saying,












Perbualan dan gelak ketawa berterusan sehinggalah jam 0200 lalu kami pun bertolak pulang ke rumah.
>

6 comments:

Unknown said...

permainan kasar nampaknya di situ..

Unknown said...

nme matpek agak femes utk entri ni..

agamians said...

hahaha...matpek, siapa makan cili, dia la rasa pedasnya. :p

shafiq, nanti entry lain kitorang femeskan kau pulak tau! XD

Unknown said...

cover la skit lol....haha

btw i'm fallin in love again wif dslr..
like ah smua gmbr tu...

agamians said...

tunggu apa lagi matpek. angkat la satu. nanti boleh tembak menembak :D

Unknown said...

jom g menembak lg lps raye..hehe