Monday, August 9, 2010

Basuh the Musical

Walaupun Tika atau nama komersialnya 'gadis pendiam' suka menbasuh, namun entry ini tiada kena mengena dengan beliau :
Ada apa dengan basuh? Bukanlah niat saya untuk bercerita tentang cara-cara membasuh muka, tangan atau baju. Tapi entry kali ini nak cerita tentang pengalaman batak katak-katak hutan yang pergi menonton teater. TEATER OKKK!!

Tempoh hari (beberapa kurun yang lepas sebenarnya), Agamians kelompok (SETAN) telah pergi menonton Cuci the Musical. Kami yang tidak berapa nak ada duit ni telah membeli tiket yang paling murah ;( Tiket murah, seat pon tentulah best kan. Ok, itu tipu, sebenarnya, tiket yang berharga RM30 ini adalah berdekatan dengan bumbung Istana Budaya. Mengapa saya cakap bumbung? Sebab seat kami memang tinggi gilerrr. Kalau siapa-siapa yang gayat tu, memang tidak dinasihatkan untuk duduk di sini.


Show bermula pada pukul 8.30 pm, dan kami sampai di Istana Budaya kira-kira (takde la kira sangat) pukul 8 pm. Cadangnya nak makan dulu sebelum show, tapi sebab dah salah mentafsir apa yang 'mamago' cakap @#$@$%%#, kami sampai lambat..damnnnn!!
Kesimpulannya, kami budak-budak batak dari hutan masuk teater dalam keadaan kebuluran :

Pementasan yang memakan masa 4 Jam ini memang tidak mengecawakan kami, cuma telah mengecewakan perut kami yang rancak berkeroncong. :(((


Kesimpulannya, Cuci the Musical memang best. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada terhasilnya Cuci yang best ialah:
  1. Sound system yang mantap
  2. Lawak Nabil yang bersahaja
  3. Lakonan Awie yang sangat feminin tetapi mempunya suara yang gagah perkasa
Sinopsis Cuci the Musical Season 2

CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).

Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.

Ayat di atas ini memang 100% kopi teh dari website Cuci the Musical :D






Ini sahaja tiket yang tinggal, sebab tiket-tiket yang lain sudah selamat kami kunyah *kebuluran*






Muka kitorang tak sama kan!!!!





Aksi manja dan lentik miyau yang telah menambat hati beberapa penerbit tempatan yang ingin mengambil beliau sebagai duyung *tipu-tipu*





Agamians yang berpura-pura cool dihadapan muka hadapan panggung sari :)



Dekat sini lah kitorang semua duduk. Gayat tak??


Ini sahaja yang dapat saya coretkan dalam coretan agamians saya yang bercoret ini.
byby :D

Posted by: Zakiah B-)






>

0 comments: