Sunday, September 19, 2010

Tanda tanya?


Kenapa cuti hanya seketika?

Kenapa mendengar jangka cuti selama 2 minggu sudah cukup panjang, tapi kenapa rasa masih belum cukup?

Kenapa pelajar dibebankan dengan ujian sebaik sahaja selepas raya?

Tidakkah mereka tahu mood raya tidak mengizinkan kami menyentuh buku (lecture note lebih spesifik) ?

Kenapa rakan2 serumah semua pulang lambat ke agam?

Tidakkah mereka tahu bahawa kami yang pulang awal ini sudah mati kutu?

Kenapa dah balik agam pun rasa malas sahaja untuk menelaah lecture note ni?


Akhir tanya, kenapa ahli rumah agam ramai, tapi sebilangan sahaja yang update belog ni?
Di manakah menghilangnya semangat bersatu padu, semangat muhibbah, semangat saling tolong-menolong, semangat setiakawan, dan yang penting sekali, semangat 1 Malaysia ni?
Kenapa ini semua terjadi? Kenapa? Kenapa?
Takkan la nak update belog pun nak kena buat jadual? =,="








Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Sama-sama lah saling memaafi dan lupakanlah segala sengketa lama.
Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

ASSALAMUALAIKUM!
>

0 comments: