Cuma nak guna perkataan pertama dalam 'malam pertama' untuk entry pertama ni.
Manalah tahu, kot2 kalau ade orang Google 'malam pertama', keluar address blog ni..
Nampak tak permainan dia?
Terlahirnya blog ini, atas perkongsian minda 14 orang gadis yang bersatu hati, berkongsi jiwa dan tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dalam segala aspek kehidupan tidak kira rohani mahupun jasmani (Atui, jasmani tu ape?)
Kita mulakan sesi ini dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan ini, memperkenalkan barisan penghuni rumah agam!
1. ZAKIAH (ketua rejim Zionis)
..Kiah
..Lebih dikenali dengan nama Kilo. Kenapa? Marilah sama-sama kita menghayati rumus ini : (Kiah + Milo = Kilo..) Kiah dan air kotak Milo memang tidak dapat dipisahkan.
..Anggota rumah agam yang paling muda dan paling manja serta sangat sensitif terhadap perubahan alam sekitar.
..Juga dikenali sebagai Syaiton Darat kerana kenakalannya.. *Notty taw!*
..Eksotik!
..Ati
..Cool
..Paling disayangi oleh ketua. Jangan ada siapa pun yang berani mengacau Ati. Pasti disumpah seranah dan didera dengan kejam oleh ketua.
..Mempunyai ibu saudara yang memiliki kedai makan yang terbaik! *laksa + bihun sup + ais jagung the best!*
..Ernie
..Suara lemak merdu *Bak kata Ati, seperti Leona Lewis*
..Tidak mempunyai persefahaman jiwa dengan ketua agam walaupun kedua-duanya menetap di tempat yang sama, iaitu Cheras.
..Sering dianggap adik-beradik ketua agam. *Sama kan? ;)*
..Mempunyai gegendang telinga yang tahan lasak yang dapat menahan bunyi yang beramplitud tinggi.. Dalam kata lain, suka pasang lagu kuat gila nak mampos!
..Tagline : TADEHAL LAH!
..Mekla @ Lala
..Berkongsi ruang tidur, ruang belajar bersama Ernie
..Hobi : membebel sambil memasak
..Rajin study
..Dulu dia suka pakai baju kurung pergi kelas *masa asasi*. Katanya, "I kan orang Kelantan." :)
5. KHALIDAH
..Pembekal TV plasma rumah agam
..Menetap di Shah Alam.
..Penghuni agam yang paling matang.
..Dila
..Suka gelakkan Atui.
..Kerap pulang ke kampung halaman walaupun jauh nun di Melaka.
..Mantan ustazah.
..Selalu mempuratakan umurnya dengan mereka yang lebih muda.
..Atul @ Atui
..Selalu mengeluarkan perkataan baru yang unik dan menggelikan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
..Paling kecil saiznya.
..Mempunyai kebolehan mentafsir cerita dengan kurang efisien, tetapi tidak dalam beberapa hal yang tidak dapat dinyatakan.
..Nida
..Berkebolehan dalam berkomunikasi dengan kucing.
..Ibu kepada 4ekor ikan puyu di rumah agam.
..Suka memasak.
..Linda
..Berkebolehan bermain 'bowling'.
..Memandu kereta berenjin turbo tuu! Laju gile kot!
..Macam Chipsmore. Kejap ada, kejap tiada.
..Sha @ Adah
..Baru menimang adik baru.
..Sering menjadi rujukan ketua agam dalam pelbagai hal.
..Berpewatakan lembut tetapi tegas.
..Seorang setiausaha sebuah persatuan di UiTM Puncak Alam yang berdedikasi.
..Teha
..Penerima anugerah dekan untuk semester ini.
..Study adalah kehidupannya.
..Antara orang paling aktif dalam laman sosial FB.
..Tika @ Ika
..Ahli rumah agam yang paling pendiam
..Suka menyendiri
..Hobi : Membersihkan apa-apa sahaja yang boleh dibersihkan
..Rai @ Wai Puyol
..Berpipi bulat
..Sering diganggu oleh makhluk bernama Kiah
..Penduduk Kedah yang murtad
..Caca
..Juga dikenali dengan nama Syaiton Laut
..Sering didera oleh ketua rejim Zionis sehingga kehilangan tempat beradu.
..Selalu dimarahi oleh Mekla dan Kiah kerana suka membebel sorang-sorang.
15. PUYU
..Puyu 1 : Nini
..Puyu 2 : Shishi
..Puyu 3 : Cici
..Puyu 4 : Syaiton
We live happily ever after!
ps3 : gambar2 diatas telah diambil daripada fb kamu-kamu. shori ;)
Posted by: Caca and Rai
>
0 comments:
Post a Comment