Wednesday, August 25, 2010

Kalaulah..



panasnya.. setiap sudut dalam umah dah dijelajahi
mencari sedikit kedinginan yang susah utk dirasai
agak2 dimana lagi perlu dicari?
dalam umah panas, luar umah pun panas :(






tgokla matahari ni
tgh2 panas mcm ni, tgok gmbar ni lagi panas rasanya
matahari bola gas yang panas n bintang paling dekat dgn bumi
suhu di permukaan matahari boleh meleburkan apa2 logam termasuk bumi!



kalaulah time2 camni dapat berendam beramai2
mesti seronok :)
nape la umah ni takde kolam renang..
*demand sungguh*


*kolam camni pun jadilah..hee ;) *



* Skypark pool in Marina Bay Sands Resort, Singapore *

kolam camni pon best gak
boleh tengok pemandangan dari atas sambil mandi-manda
200m atas langit! tinggi woo..
rasa macam puteri bunian bersiram kat kayangan plak



ps3 : agamians, ape lagi.. jomla ke singapore! ;)






>

Sunday, August 22, 2010

Bazar


Pabila tiba bulan Ramadhan,,
Tekak bak telaga yang kering kontang,,
Perut berdendang sayang,,
Bibir merekah kekeringan,,
Kulit mnjadi mangsa dehidrasi,,
dan di saat ini,,
permainan minda pun bermula...




meleleh~




*malas nk cari gamba makanan sebab kiah da ceroboh entry awal2*


Bila dah lapar, dah dahaga, dah penat seharian di kelas,,,
next stop is : BAZAR!!


First day puasa, macam2 nak beli..
Segala perisa air nak beli,,
Segala jenis kuih nak rasa,,
Segala jenis nasi nak cuba,,

But then bila dah berbuka,, semua tak habis..
Konon nak simpan untuk bersahur,,
Tapi waktu bersahur enak dibuai mimpi
*dah tidur pun lambat, malas nak bangun sahur*


So, kesimpulannya,,
waktu berpuasa ni, nafsu je besar, perut kecik je.. :)




Talk about bazar,,
Sangat ramai gila orang..
Jalan kat situ, bukan tengok makanan,,
Tapi tengok orang,,
Semua dok berkumpul, bertenggek depan gerai,,
Nak tengok makcik tu jual apa pun tak nampak..

So, rentetan dari kehadiran manusia yang ramai itu,,

Atul berbicara,,
"Manusia bertubi-tubi pergi bazar ni."


Manusia bertubi-tubi???


Cik Kiah pun membetulkan kenyataan Atul..
"Ade ke manusia bertubi-tubi. Patutnye manusia bertalu-talu la."

(=,=")


>

Sunday, August 15, 2010

Isnin

Presentation Biotech

+

Presentation Pharmacognosy

+

Test Respiratory



=


Monday HELL!





p/s : semoga kejayaan menanti kita semua!





posted by : caca
>

Wednesday, August 11, 2010

pose pose pose



hallow eberybaddih~~





bulan mengembang bintang mengecut


da nampak anak bulan dekat langit


menandakan bermulanya bulan ramadhan al-mubarak


sejak itu, di saat itu bermulalah kita menahan nafsu dari lapar dan dahaga serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula dari hujung rambut ke hujung kaki




marilah kita meningkatkan pahala untuk bekalan akan datang





*ni dialog atui*







SELAMAT BERPUASA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT




Ramadhan is coming..kiah is leaving!

Posted by : Mekla (Ustazah)

>

Monday, August 9, 2010

Basuh the Musical

Walaupun Tika atau nama komersialnya 'gadis pendiam' suka menbasuh, namun entry ini tiada kena mengena dengan beliau :
Ada apa dengan basuh? Bukanlah niat saya untuk bercerita tentang cara-cara membasuh muka, tangan atau baju. Tapi entry kali ini nak cerita tentang pengalaman batak katak-katak hutan yang pergi menonton teater. TEATER OKKK!!

Tempoh hari (beberapa kurun yang lepas sebenarnya), Agamians kelompok (SETAN) telah pergi menonton Cuci the Musical. Kami yang tidak berapa nak ada duit ni telah membeli tiket yang paling murah ;( Tiket murah, seat pon tentulah best kan. Ok, itu tipu, sebenarnya, tiket yang berharga RM30 ini adalah berdekatan dengan bumbung Istana Budaya. Mengapa saya cakap bumbung? Sebab seat kami memang tinggi gilerrr. Kalau siapa-siapa yang gayat tu, memang tidak dinasihatkan untuk duduk di sini.


Show bermula pada pukul 8.30 pm, dan kami sampai di Istana Budaya kira-kira (takde la kira sangat) pukul 8 pm. Cadangnya nak makan dulu sebelum show, tapi sebab dah salah mentafsir apa yang 'mamago' cakap @#$@$%%#, kami sampai lambat..damnnnn!!
Kesimpulannya, kami budak-budak batak dari hutan masuk teater dalam keadaan kebuluran :

Pementasan yang memakan masa 4 Jam ini memang tidak mengecawakan kami, cuma telah mengecewakan perut kami yang rancak berkeroncong. :(((


Kesimpulannya, Cuci the Musical memang best. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada terhasilnya Cuci yang best ialah:
  1. Sound system yang mantap
  2. Lawak Nabil yang bersahaja
  3. Lakonan Awie yang sangat feminin tetapi mempunya suara yang gagah perkasa
Sinopsis Cuci the Musical Season 2

CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).

Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.

Ayat di atas ini memang 100% kopi teh dari website Cuci the Musical :D






Ini sahaja tiket yang tinggal, sebab tiket-tiket yang lain sudah selamat kami kunyah *kebuluran*






Muka kitorang tak sama kan!!!!





Aksi manja dan lentik miyau yang telah menambat hati beberapa penerbit tempatan yang ingin mengambil beliau sebagai duyung *tipu-tipu*





Agamians yang berpura-pura cool dihadapan muka hadapan panggung sari :)



Dekat sini lah kitorang semua duduk. Gayat tak??


Ini sahaja yang dapat saya coretkan dalam coretan agamians saya yang bercoret ini.
byby :D

Posted by: Zakiah B-)






>

Kamus Atul Bahagian 1


SEPU-SEPU



Pabila Atul berbicara, beginilah jadinya..


Selalu salah sebut.. Tapi hasilnya sangat comel ok! Macam tuan empunya badan juga ;)




sepu-sepu?











kupu-kupu kah?







sepupu kah?









penyapu kah?




salah!

salah!

salah!





sepu-sepu mengikut kamus Atul ialah sepoi-sepoi!


Contoh ayat : Angin bertiup sepu-sepu bahasa..










Posted by : Caca






>

Saturday, August 7, 2010

Malam Pertama

Entry ini tiada kaitan langsung pun dengan malam pertama..
Cuma nak guna perkataan
pertama dalam 'malam pertama' untuk entry pertama
ni.
Manalah tahu, kot2 kalau ade orang Google 'malam pertama', keluar address blog ni..
Nampak tak permainan dia?

Terlahirnya blog ini, atas perkongsian minda 14 orang gadis yang bersatu hati, berkongsi jiwa dan tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dalam segala aspek kehidupan tidak kira rohani mahupun jasmani (Atui, jasmani tu ape?)

Kita mulakan sesi ini dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan ini, memperkenalkan barisan penghuni rumah agam!










1. ZAKIAH (ketua rejim Zionis)


..Kiah
..Lebih dikenali dengan nama
Kilo. Kenapa? Marilah sama-sama kita menghayati rumus ini : (Kiah + Milo = Kilo..) Kiah dan air kotak Milo memang tidak dapat dipisahkan.
..Anggota rumah agam yang paling muda dan paling manja serta sangat sensitif terhadap perubahan alam sekitar.
..Juga dikenali sebagai Syaiton Darat kerana kenakalannya.. *Notty taw!*
..Eksotik!




2. IZZATI (was Gojes)

..Ati
..Cool
..Paling disayangi oleh ketua. Jangan ada siapa pun yang berani mengacau Ati. Pasti disumpah seranah dan didera dengan kejam oleh ketua.
..Mempunyai ibu saudara yang memiliki kedai makan yang terbaik! *laksa + bihun sup + ais jagung the best!*



3. NURIRNI DAYANA (star)

..Ernie
..Suara lemak merdu *Bak kata Ati, seperti Leona Lewis*
..Tidak mempunyai persefahaman jiwa dengan ketua agam walaupun kedua-duanya menetap di tempat yang sama, iaitu
Cheras.
..Sering dianggap adik-beradik ketua agam. *Sama kan? ;)*
..Mempunyai gegendang telinga yang tahan lasak yang dapat menahan bunyi yang beramplitud tinggi.. Dalam kata lain, suka pasang lagu kuat gila nak mampos!
..Tagline :
TADEHAL LAH!



4. NUR ADILA (Ustazah aka Mak Nenek)

..Mekla @ Lala
..Berkongsi ruang tidur, ruang belajar bersama Ernie
..Hobi : membebel sambil memasak
..Rajin
study
..Dulu dia suka pakai baju kurung pergi kelas *masa asasi*. Katanya, "I kan orang Kelantan." :)



5. KHALIDAH


..Pembekal TV plasma rumah agam
..Menetap di Shah Alam.
..Penghuni agam yang paling matang.



6. NOOR ADILAH (The New Gojes)

..Dila
..Suka gelakkan Atui.
..Kerap pulang ke kampung halaman walaupun jauh nun di Melaka.
..Mantan ustazah.
..Selalu mempuratakan umurnya dengan mereka yang lebih muda
.



7. RABIATUL ADAWIYAH (Gifted)

..Atul @ Atui
..Selalu mengeluarkan
perkataan baru yang unik dan menggelikan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
..Paling kecil saiznya.
..Mempunyai kebolehan mentafsir cerita dengan kurang efisien, tetapi tidak dalam beberapa hal yang tidak dapat dinyatakan.


8. NURUL NADIAH (Miyau)


..Nida
..Berkebolehan dalam berkomunikasi dengan kucing.
..Ibu kepada 4ekor ikan puyu di rumah agam.
..Suka
memasak.


9. HAZLINDA (Minah Rempit Sejati)


..Linda
..Berkebolehan bermain 'bowling'.
..Memandu kereta berenjin
turbo tuu! Laju gile kot!
..Macam Chipsmore. Kejap ada, kejap tiada.


10. WAN NURSHAHADAH


..Sha @ Adah
..Baru menimang adik baru.
..Sering menjadi rujukan ketua agam dalam pelbagai hal.
..Berpewatakan
lembut tetapi tegas.
..Seorang setiausaha sebuah persatuan di UiTM Puncak Alam yang berdedikasi.


11. NUR FATIHAH NASIHA


..Teha
..Penerima
anugerah dekan untuk semester ini.
..Study adalah kehidupannya.
..Antara orang paling aktif dalam laman sosial FB.



12. NUR ATIKAH


..Tika @ Ika
..Ahli rumah agam yang paling
pendiam
..Suka menyendiri
..Hobi : Membersihkan apa-apa sahaja yang boleh dibersihkan


13. RAIHANA HANIS (Budak Comel 1)


..Rai @ Wai Puyol
..Berpipi
bulat
..Sering diganggu oleh makhluk bernama Kiah
..Penduduk Kedah yang murtad



14. KHAIRUNNISA' (Budak Comel 2)


..Caca
..Juga dikenali dengan nama
Syaiton Laut
..Sering didera oleh ketua rejim Zionis sehingga kehilangan tempat beradu.
..Selalu dimarahi oleh Mekla dan Kiah kerana suka membebel sorang-sorang.


15. PUYU

..Puyu 1 : Nini
..Puyu 2 : Shishi
..Puyu 3 : Cici
..Puyu 4 : Syaiton

We live happily ever after!

ps3 : gambar2 diatas telah diambil daripada fb kamu-kamu. shori ;)

Posted by: Caca and Rai

>